Tuesday, 12 November 2019

Senarai Jabatan dan Agensi Kakitangan Awam (AG)

1. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI JOHOR
2. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI KEDAH
3. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
4. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI MELAKA
5. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SEMBILAN
6. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG
7. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG
8. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PERAK
9. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PERLIS
10. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SELANGOR
11. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
12. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH
13. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN KENINGAU
14. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SANDAKAN
15. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN TAWAU
16. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
17. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SARAWAK
18. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SRI AMAN
19. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SIBU
20. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN MIRI
21. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN LIMBANG
22. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SARIKEI
23. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN KAPIT
24. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN BINTULU
25. JABATAN PERDANA MENTERI
26. KEMENTERIAN KEWANGAN (1GFMAS)
27. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
28. KEMENTERIAN KERJA RAYA
29. KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
30. KEMENTERIAN PERTAHANAN
31. KEMENTERIAN KESIHATAN
32. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
33. KEMENTERIAN PENDIDIKAN
34. KEMENTERIAN DALAM NEGERI
35. KEMENTERIAN LUAR NEGERI
36. KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
37. KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
38. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
39. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
40. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
41. KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
42. KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
43. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR
44. KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
45. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
46. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
47. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
48. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Sunday, 10 November 2019

Recond: Merevolusikan Cara Anda Membeli Kereta Recond Dari Jepun!

Pernahkah anda teringin mahu membeli kereta recond dari Jepun tetapi tidak pasti bagaimana mahu mendapatkannya? Atau anda pernah mendengar begitu banyak cerita yang tidak elok tentang kereta recond Jepun - orang ditipu, kereta yang dibeli tidak seperti yang diiklankan dan sebagainya - sehingga membuatkan anda takut hatta untuk berangan-angan membelinya? Atau mungkin anda sendiri merupakan seorang mangsa; kereta recond Jepun yang dibeli anda rupa-rupanya pernah kemalangan sebelum ini?

Anda tidak perlu risau lagi. Memperkenalkan Recond, sebuah platform yang membolehkan anda memeriksa latar belakang dan sejarah kereta recond Jepun yang dijual menerusi rumah lelong di sana. Di Recond, anda dapat mengetahui keadaan sebenar kereta yang ingin anda beli atau sudah miliki dengan pantas dan mudah.




Anda hanya perlu memasukkan nombor chassis atau VIN (Vehicle Identification Number) kereta tersebut di recond.my dan dengan segera, laporan sudah tersedia untuk dibeli. Laporan Recond adalah asli dari rumah lelong Jepun. Ia adalah pelaburan kecil yang anda perlu dan mahu lakukan untuk mengelakkan diri anda ditipu.

Fikirkan. Anda hanya perlu mengeluarkan wang pada jumlah yang sangat munasabah berbanding dengan harga kereta dan sekiranya terbukti jarak tempuh kereta telah diubah atau ia pernah kemalangan sebelum ini, anda telah berjaya menjimatkan wang anda. Dan andai laporan tersebut mengesahkan keadaan kereta yang ingin anda beli, anda sangat bertuah kerana ibaratnya anda telah menjumpai harta karun!




Pemilik kereta recond Jepun yang sedia ada juga digalakkan untuk menggunakan Recond untuk mengetahui keadaan sebenar kereta mereka. Sekiranya didapati kereta anda tidaklah seperti yang dibeli dahulu, sekurang-kurangnya anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga supaya kerosakan yang lebih teruk tidak berlaku di masa hadapan. Dan sekiranya laporan Recond mendapati anda telah membeli kereta yang tepat, anda bolehlah menarik nafas lega dan tidak perlu susah hati.

Pendek kata, Recond adalah untuk semua; anda yang bercadang untuk membeli kereta recond Jepun atau untuk anda yang sudah pun memilikinya. Malah, kami bercadang untuk meluaskan lagi liputan Recond di masa hadapan dengan mengeluarkan laporan untuk kereta-kereta terpakai dari United Kingdom.

Di Recond, kami menawarkan perkhidmatan profesional pada harga yang tiada tandingannya. Ketahui keadaan sebenar kereta anda hari ini di recond.my! Anda boleh klik disini untuk ke laman rasmi (https://recond.my/).


Oleh: Adam Effendy

Friday, 29 March 2019

Kipas Dinding Tak Pusing/Oscillate

Hari ni aku balik rumah mak aku. Dah sampai sana, mak aku minta baiki kipas dinding kat dapur. Biasanya apa-apa masalah kat rumah ni, memang aku yang baiki kalau aku ada la. Kipas ni usia dia aku rasa dah lebih 10 tahun. Mungkin hampir 21 tahun, sama usia dengan rumah. Aku pon tak ingat bila arwah ayah aku pasang.


Kipas jenama KDK. Ops, teringat kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan - Reka bentuk kereta terbang tak seperti kipas KDK. Bodoh punya menteri. Kenyataan macam ni pun nak keluarkan ke. Kau tu menteri, tak perlu la sentap sangat dengan ejeken pembangkang. Okey berbalik kepada kipas ni. Problem kipas ni tak boleh nak pusing atau oscillate. Katanya sebelum ni tak ada masalah tapi lepas cat baru bahagian dapur selesai, kipas tu dah tak boleh pusing. Pelik juga. Tukang cat tu cabut dan pasang balik je. Sepatutnya tak jadi masalah la.

Aku pun bawak turun dan bukak kasing kipas tu. Rupanya ada satu pencangkut patah. Boleh rujuk gambar bawah ni. Aku dah bulatkan.


Cis, macam tak boleh baiki je. Takkan nak gam kot bahagian yang patah. Mana boleh tahan plat besi tu. Aku terus bagitau mak aku tak boleh baiki. Mak aku kata tak pe lah. Lagi pun ada kipas lebih dari pusat tusyen arwah ayah aku yang baru tutup tu. Jadi boleh guna yang tu je, tak perlu bazir duit beli yang baru. Tunggu kerani pusat tusyen tu datang hantar, nanti pasang la. Tengah aku nak pasang balik kasing kipas ni, tiba-tiba aku rasa macam nak cuba ikat plat besi ni dengan cable tie. Tapi cable tie pulak tak ada kat rumah mak aku ni.

Apa lagi, aku keluar cari kat kedai Eco Shop Rm2.10 la. Dah dapat tu, terus pasang. Aku guna dua cable tie macam gambar ni. Alhamdulillah, cara ni berfungsi! Dapat la aku melanjutkan usia kipas ni. 



Wednesday, 27 March 2019

Enjin Kereta Mati Masa "Idling"

Ada satu hari tu bini aku bagitau kereta myvi dia enjin mati masa kat lampu isyarat. Bila dia cuba hidupkan balik boleh pula. Sebab pertama kali jadi, aku tak ambil serius sangat la. Dalam pikiran aku, mungkin bateri lemah kot. Tapi rasanya baru tukar bateri 3 bulan lepas. Jadi tak mungkin bateri lemah la. Beberapa hari lepas tu, jadi  balik enjin kereta mati masa "idling" atau dalam bahasa melayu orang panggil melahu. Cis, mana ada orang guna perkataan melahu ni. Aku saja semak dekat laman web DBP apa maksud "idling", keluar pula perkataan melahu ni.

Aku tak bawa pergi bengkel lagi masa tu sebab masa jadi kali kedua tu hari kerja. Aku balik kerja pun dah 6.30 petang, kalau pergi bengkel sampai dalam 7.00 malam pasti dah tutup. Malam tu aku naik kereta Myvi bini aku pergi makan kat kedai mamak Line Clear, Kampung Baru. Jadi lagi, enjin mati kat lampu isyarat. Bila aku cari kat internet kemungkinan punca enjin mati masa idling ni, banyak la yang keluar. Malfunction transmission, low fuel pressure, broken fuel pump dan sebagainya. Aduh mesti tinggi harga nak baiki ni.

Balik dari makan aku terus bukak bonet depan tu. Saja nak periksa kot-kot jumpa masalah. Aku cuba pegang kabel bateri, bila tarik tercabut. Aku rasa ni la masalah dia. Terus aku pergi amik 'toolbox' dan ketat bolt kat bateri terminal. Alhamdulillah lepas tu dah tak jadi enjin mati masa 'idling'.

Kereta Proton Persona Masuk Air. Apa nak buat?

Pernah sekali tu masa aku outstation kat Chukai, kereta Persona aku masuk air. Masa tu aku park kereta kat luar, tepi jalan. Malam sebelum tu hujan lebat. Bila nak guna kereta pagi tu, air bertakung dalam kereta! Lantai tempat duduk depan dan belakang banjir. Sebab nak pergi kerja, aku tak terus baiki. Petang tu kereta dah bau hapak jadi aku bawa kereta pergi basuh karpet. Basuh biasa-biasa je, tak bukak seat. Kena dalam RM40.

Esoknya aku bawak pergi workshop tukar keempat-empat getah pintu. Getah pintu tu aku beli kat kedai alat ganti, lepas tu minta workshop pasang. Bila dah siap pasang, uji sembur air dicelah-celah pintu bahagian atas. Hasilnya air masih mengalir masuk! Pomen tu pun bukak dan pasang balik. Sama juga, air masih masuk. 

Apalagi, aku pergi kedai alat ganti tu balik untuk tukar getah pintu yang baru. Sampai je kedai spare part tu, ada pekerja dia bagitau "Bang, kalau tukar yang baru pon sama gak. Baik abang beli rubber seal kat Mr DIY". Menyirap je aku dengar. Duit aku dah keluar lebih kurang RM400 beli getah baru termasuk upah pasang.

Aku pon pergi Mr DIY beli Carsun Car Door Rubber Seals yang 4.3m. Harga baru RM15.72. Aku pasang je sendiri. Aku letak bahagian bawah pintu je, bukan seluruh pintu sebab masa aku test sembur air tu belah bawah je masuk. Getah pintu aku aku guna yang lama. Getah pintu yang baru tu aku simpan je buat pekasam. Lepas tu aku uji sembur air macam pomen pagi tadi buat. Alhamdulillah, air dah tak masuk kereta! Seharian masa aku habis selesaikan masalah ni. Malam tu balik KL.

Lepas tu aku basuh karpet kereta sekali lagi. Kali ni cabut seat dan karpet. Biar betul-betul kering kat bawah tu kalau tak boleh karat badan kereta. Kali ni kena dalam RM150. Semua sekali aku habis dalam RM600. Benda boleh jimat RM400 kalau terus beli rubber seal. Dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Itu lah ketentuan yang Allah takdirkan. Aku harap sesiapa yang alami masalah kereta masuk air ni, dia terbaca dulu apa yang aku tulis ni. Dapat la dia jimat RM400. 





Rubber Seal ni la yang aku guna. Siapa nak beli boleh beli atas talian di pautan ni.

Tuesday, 26 March 2019

Pinjaman Peribadi IDSB-RHB

Anda penjawat awam yang bijak?

Pastinya mereka yang bijak mahukan yang terbaik buat dirinya. IDSB-RHB menawarkan khidmat pembiayaan / pinjaman peribadi (personal financing / loan) patuh syariah yang terbaik buat penjawat awam.

Kenapa pinjaman IDSB-RHB adalah yang terbaik?
 Payout setinggi 98% termasuk takaful.
 Kadar serendah 3.99% flat rate.
 Jumlah pembiayaan maksima RM200k.
 Pinjaman / pembiayaan selama 10 tahun.
 Patuh syariah.
 Semakan kelayakan yang pantas.
 Boleh menyelesaikan pinjaman lama.
 Permohonan boleh dibuat bila-bila masa.
🚫 Tiada deposit dikenakan.
🚫 Tiada gimik.
🚫 Tiada kos tersembunyi.
🚫 Tiada penjamin.
🚫 Tiada cagaran.

Permohonan boleh dibuat terus di https://idsb.my?ref=kTVow